1. Terbuka kepada semua warga UMPSA samada staf akademik atau staf bukan akademik.
 
  1. Permohonan adalah melalui borang permohonan dalam talian yang disediakan dalam portal AKIM.
 
  1. Pemohon / Fakulti atau PTJ adalah diingatkan untuk membaca dan memahami garis panduan anugerah beserta panduan portfolio sebelum membuat permohonan.
 
  1. Permohonan mestilah disertakan dengan portfolio dan maklumat serta bukti yang sah dan lengkap. *PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN*.
 
  1. Tarikh tutup permohonan adalah pada 09 FEBRUARI 2023 (JUMAAT). PERMOHONAN YANG LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
 
  1. Calon yang telah melepasi tapisan awal perlu membuat pembentangan kepada panel penilai. Pembentangan tersebut perlu dibuat menggunakan perisian Microsoft Powerpoint (Sila rujuk Template Pembentangan AKIM mengikut kategori yang dimohon). Masa yang diperuntukkan adalah selama 15 minit.[Pembentangan (7 minit) & Temubual (8 minit)]
 
  1. Calon adalah diminta untuk hadir ke tempat pembentangan sekurang-kurang 10 minit awal daripada jadual yang telah ditetapkan(Akan dimaklumkan kemudian)
 
  1. Hanya calon yang berjaya dipilih sebagai pemenang akan dimaklumkan oleh pihak sekretariat (menerusi email / panggilan telefon). Calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sesi pembentangan dianggap tidak berjaya.
    Calon yang berjaya akan diraikan dalam Hari Kualiti & Inovasi UMPSA yang diselaraskan di bawah Pusat Hal Ehwal Korporat & Kualiti (PHKK).
 
  1. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu atau penipuan, panel juri berhak untuk menarik balik anugerah.
 
  1. KEPUTUSAN PANEL JURI ADALAH MUKTAMAD.