AKIM diwujudkan sebagai penghargaan kepada sumbangan dan jasa yang diberikan oleh warga UMP terhadap penglibatan dalam aktiviti dan program libatsama industri dan komuniti disamping sebagai pemangkin kepada usaha untuk meningkatkan kebertanggungjawaban warganya menyumbang ilmu dan kepakaran pembangunan industri dan komuniti. Ini selaras dengan hasrat Universiti untuk memberi insentif dan pengiktirafan bagi menggalakkan staf UMP supaya terus memberi komitmen yang padu dalam kegiatan libatsama antara Universiti dengan industri dan komuniti.