Objektif Anugerah

Bagi kategori Anugerah Kualiti Kerjasama Industri ianya merupakan suatu pengiktirafan dan penghargaan kepada warga UMP yang telah bekerjasama secara aktif dengan industri dalam aktiviti-aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan (semua staf akademik dan staf bukan akademik). 


Senarai Anugerah, Kategori & Hadiah

Setiap anugerah & kategori adalah seperti yang berikut: 

1. Kategori Staf Akademik
2. Kategori Staf Bukan Akademik
3. Kategori Jabatan
4. Kategori Rakan Industri Terbaik


(Click di sini!) 

Prosedur Pencalonan

 
BIL. PERKARA KETERANGAN
1. Prosedur Pencalonan:
  • Pencalonan boleh dibuat berdasarkan:

Pencalonan diri sendiri

Pencalonan oleh individu lain

 Pencalonan Fakulti/ PTJ

  • Pencalonan adalah berdasarkan program keterlibatan industri/ komuniti yang dijalankan sepanjang TAHUN 2023 SAHAJA. Walau bagaimanapun, sekiranya program yang dijalankan telah dimulakan sebelum tahun 2023 dan masih berterusan ke tahun penilaian, ianya boleh diambil kira.
  • Calon hendaklah mengisi borang pencalonan Anugerah Kecemerlangan Industri & Masyarakat BAGI ANUGERAH KUALITI KERJASAMA INDUSTRI atau ANUGERAH KUALITI KERJASAMA MASYARAKAT
2.

Dokumen yang perlu diisi dalam permohonan

  1. Curriculum Vitae
  2. Penyataan ringkas berkaitan sumbangan dan pencapaian (250 patah perkataan)
  3. Portfolio Anugerah. Rujuk PANDUAN PORTFOLIO yang disediakan.
  4. Sebarang dokumen sokongan yang berkaitan sebagai bahan bukti sumbangan dan pencapaian. Contoh: keratan / salinan media cetak, rakaman, gambar projek / aktiviti, penyata geran, laporan teknikal, sijil, surat dan sebagainya.